You are currently viewing I-CARE TERIMA SUMBANGAN BANTAL UNTUK MANGSA BANJIR KEDAH DAN PANTAI TIMUR

I-CARE TERIMA SUMBANGAN BANTAL UNTUK MANGSA BANJIR KEDAH DAN PANTAI TIMUR

31 Disember 2024 – I-Care Puncak Alam telah menerima sumbangan 300 biji bantal daripada Pharmaniaga untuk bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur dan Kedah.
 
Sumbangan ke Pantai Timur adalah kerjasama dari Pharmaniaga, manakala bantuan untuk Kedah adalah hasil sumbangan bersama Pharmaniaga dan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM). ICare bertindak sebagai wakil untuk menyampaikan bantuan ini dari gabungan Puncak Alam Perihatin.
 
Kami amat berterima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan keselesaan kepada mangsa banjir yang sedang diuji.
“Bersama Kita Prihatin, Bersama Kita Kuat.”