20 Disember 2024 – i-Care ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat Pharmaniaga atas sumbangan 6 buah kerusi roda pesakit untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan dibawah kelolaan i-Care.
Penyerahan kerusi roda disampaikan oleh wakil Pharmaniaga kepada Presiden i-Care, Tuan Azwari Mohamad Nor di gudang Pharmaniaga di Shah Alam. Turut hadir Timbalan Presiden i-Care, Tuan Hj Mohd Yusoh Dolah yang juga mengusahakan permohonan sumbangan kerusi roda kepada pihak Pharmaniaga.
Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.