March 7, 2021

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

BANTUAN KHAS ALAT PELINDUNG DIRI (PPE) UNTUK _FRONTLINERS_

1 min read

Tarikh: 10hb Mei 2020 (Ahad)

Pihak Khidmat Malaysia, Kawasan Kuala Selangor telah menerima sumbangan bantuan barangan alat pelindung diri (PPE) berupa baju “Blue Gown” sebanyak 330 helai daripada Ngo I-Care, Puncak Alam.

Usaha murni ini diketuai oleh Puan Raja dan Saudara Aman dari I-Care, Puncak Alam yang telah berusaha menyediakan dan menyiapkan dengan bantuan beberapa orang sukarelawan bagi kegunaan _frontliners_ yang sedang berjuang mengekang wabak virus Covid-19 di seluruh negara.

Pihak Khidmat Malaysia, Kawasan Kuala Selangor telah diberi tanggunjawab untuk menguruskan penghantaran dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia, Kawasan Kuala Selangor ke beberapa tempat seperti berikut,

1. Klinik Kesihatan Meru
2. Klinik Kesihatan Bestari Jaya
3. Klinik Kesihatan Jeram
4. Klinik Kesihatan Kuala Selangor
5. Klinik Kesihatan Ijok
6. Klinik Fitrah, Meru (Dr Rani)
7. Bahagian Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Wisma Sunway, Shah Alam.

Sesi penyerahan dibuat pada hari Ahad semalam bertarikh 10hb Mei 2020 yang terdiri daripada Puan Raja dan Saudara Aman mewakili Ngo I-Care Puncak Alam, Saudara Achdemaza Fame mewakili Khidmat Malaysia, Kawasan Kuala Selangor dan disaksikan oleh Tuan Fikri Saupe selaku Ketua Skuad Medik & Penyelamat, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Selangor bersama Naib Ketuanya Tuan Azri Safwan di Balai Raya Fasa 2, Bandar Puncak Alam.

Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan mendoakan semoga kerjasama ini diteruskan pada masa akan datang dan segala amal kebaikan kita diterima Allah SWT dengan ganjaran pahala di bulan Ramadhan ini buat semua yang terlibat.

Sekian. Terima Kasih.

*Penyelaras Khidmat Malaysia*
*Kawasan Kuala Selangor*
18 Ramadhan 1441H/
11 Mei 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.