You are currently viewing PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AQIQAH SERTA WAKAF AL-QURAN TAHUN 1441H / 2020

PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AQIQAH SERTA WAKAF AL-QURAN TAHUN 1441H / 2020

Tahun 2020 tiada sesiapa yang tahu apa yang bakal berlaku sebelum ini, namun disebalik segala keperitan dan badai, kehidupan tetap diteruskan.
Alhamdulillah, pasti Allah akan menambah nikmatNYA. Tahun ini dengan izinNya, iCare berkolaborasi lagi dengan NGO Yayasan Amal Malaysia kembali merancakkan takwim tahunannya dengan Misi Program Ibadah Qurban & Aqiqah iCare serta Program Wakaf Al-Quran dibumi umat Islam yang dhaif iaitu :
 
▶️ Sudan
▶️ Chad
▶️ Uganda
▶️ Kemboja.
 
Pemilihan lokasi walaupun jauh dimata namun kepayahan saudara disana terasa sangat dekat dihati tambahan dengan suasana wabak Covid 19 masih lagi aktif berleluasa. Tiada niat mahu melupakan saudara yang didalam negara namun keperluan mereka disana amat kritikal dan sokongan dari pihak luar adalah sangat diperlukan, hati mana tidak meronta mahu membantu apabila saban tahun menerima rayuan bantuan untuk mereka yang sering diuji dengan kemiskinan, peperangan dan kebuluran tambahan pula dengan ancaman Covid 19 yang masih belum mahu lenyap dari dunia kita.
 
Ketepikan soal siapa dan dimana mereka, kita bantu sesiapa sahaja yang memerlukan, mungkin ini sahaja peluang untuk kita membantu mereka. Kepada yang mahu bersama menyertai program ibadah Qurban & Aqiqah iCare ini boleh mendaftar secara online melalui link dibawah :
 
Untuk tahun ini, selain Yayasan Amal Malaysia, bagi penyertaan ibadah Qurban dan Aqiqah di Sudan, i-Care akan berkolaborasi terus dengan wakil rakyat Malaysia yang berkhidmat di Sudan melalui AMM RESOURCES GLOBAL FOR INVESTMENT bersama pelajar-pelajar Malaysia di Sudan yang akan menguruskan penyertaan program Ibadah Qurban dan Aqiqah disana manakala 3 lagi negara iaitu Chad, Uganda dan Kemboja akan diuruskan oleh NGO Yayasan Amal Malaysia yang akan berhubung terus dengan NGO Islam tempatan.
 
Bagi mana-mana yang ingin menyertai Qurban boleh hubungi/WhatApps wakil i-Care
Harga bahagian Qurban:
 
🐂 Lembu: RM350 satu bahagian
🐐 Kambing: RM450 seekor.
🐫 Unta RM500 sebahagian
 
Memandangkan kita masih berada dalam keadaan situasi wabak Covid-19, untuk penyertaan program Ibadah Qurban dan Aqiqah, ketetapan telah dibuat seperti berikut :
 
QURBAN
▶️ Sudan (Lembu)
▶️ Uganda (Kambing)
▶️ Chad (Lembu, Unta & Kambing)
 
AQIQAH
▶️ Sudan (Lembu)
▶️ Chad (Lembu & Kambing)
▶️ Uganda (Kambing)
▶️ Kemboja (Kambing)
 
Bayaran Qurban dan Aqiqah boleh dilakukan ke Akaun Rasmi iCare atas nama KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM
MAYBANK: 5628 4310 0666
 
Sila hantar (whatApps) slip bank/bukti pembayaran kepada wakil I-Care seperti berikut :
Hjh Raja Sarimah – http://wasap.my/+60177741166
Untuk rujukan sila layari terus :
Website Rasmi i-Care
 
FB Page Rasmi i-Care
https://www.facebook.com/404243966581911?referrer=whatsapp
 
FB Page i-Care Qurban Aqiqah
https://www.facebook.com/134778697124250?referrer=whatsapp