You are currently viewing JUALAN AMAL PES MAKANAN ICARE PUNCAK ALAM

JUALAN AMAL PES MAKANAN ICARE PUNCAK ALAM

Assalamualaikum wbt..

Insyaallah esok program Simulasi Haji Cilik – “Mabrur Naik Haji” anjuran bersama iCare Puncak Alam, Sekolah Sriti Darul Amilin dan Masjid Puncak Alam akan diadakan di Masjid Puncak Alam.

Dalam program tersebut iCare Puncak Alam mengadakan Jualan Amal pes rempah yang di sumbangkan oleh syarikat DNex Berhad. Ada 6 pes sumbangan seperti Pes Rendang, Pes Acar Ikan Masin, Sambal Hijau dan Sambal Kamhiong Original. Kesemua pes ini enak dimakan begitu sahaja bersama nasi panas.

Hasil juala pes ini akan dimasukkan ke tabung kebajikan iCare untuk membantu warga Puncak Alam yang ditimpa kesusahan.

Jom dapatkan di kaunter Jualan Amal iCare di Masjid Puncak Alam esok dari jam 8 pagi – 12 tengahari.