January 25, 2021

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN FIDYAH MAIS KEPADA KELUARGA YANG TERKESAN SEMENTARA COVID

1 min read

PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN FIDYAH MAIS KEPADA KELUARGA YANG TERKESAN SEMENTARA COVID 19

Hari ini tanggal 2 Januari 2021, iCare Puncak Alam telah mengadakan Program Agihan Sumbangan Fidyah dari MAIS. Bantuan sumbangan ini di sampaikan kepada Golongan yang terkesan sementara akibat pandemik wabak Covid19.

Seramai 242 keluarga telah diluluskan permohonan mereka.Program pertama iCare bagi tahun 2021 ini bertempat di Akademik alQuran Sabil Ar Rahimah (AQSA) di bantu oleh seramai 15 orang petugas dan sukarelawan iCare. Lebih kurang 170 orang penerima telah mengambil barang barang sumbangan tersebut bermula daripada pukul 10.00am dan tamat pada pukul 12.40tengah hari.

Walaupun jumlah penerima adalah ramai, namun proses agihan masih berjalan lancar dengan pematuhan kepada norma baharu dan SOP.Pihak iCare mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAIS, AQSA dan para petugas serta sukarelawan. Nampak sukarelawan iCare begitu ceria dan bersemangat setelah sekian lama tidak dapat turun padang membantu program iCare disebabkan PKP. Namun hari ini nampak sahabat sukarelawan iCare begitu bersemangat membantu sehingga selesai program.

Jazzakallahukhayran, aamin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.