You are currently viewing PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN FREE MARKET I-CARE BACK 2 SCHOOL MERIAH

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN FREE MARKET I-CARE BACK 2 SCHOOL MERIAH

2 FEBRUARI 2025 – Alhamdulillah buat julung kali i-Care dengan kerjasama Pasaraya Sakan Puncak Bestari mengadakan program sumbangan bantuan persekolahan anak-anak yang terdiri daripada keluarga asnaf (tidak mendapat bantuan zakat) dan miskin bandar.
Selain sumbangan bantuan kepada lebih 170 keluarga yang menerima, i-Care juga mengadakan program Free Market iaitu barangan percuma yang disediakan kepada pengunjung dan penerima bantuan. Dalam program Free Market ini hanya barangan keperluan sekolah seperti pakaian seragam, alat tulis samada baru atau terpakai yang diterima hasil sumbangan orang ramai untuk memeriahkan lagi program Free Market.
I-Care sangat berterima kasih kepada gabungan persatuan Helwa dari Sinar Alam yang turut membantu dan bekerjasama menyediakan dan menyusun semua barangan Free Market yang diterima untuk diberikan kepada pengunjung yang hadir.
Tidak lupa juga kepada penyumbang utama bantuan sekolah dari LHDN, Syarikat Eye Smile Eco Grandeur serta Pharmaniaga.
Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penasihat i-Care, Ustaz Mohd Noor Mohd Shahar serta wakil daripada ADUN Jeram YB Dato Harrison Hassan yang tidak dapat hadir.
Presiden i-Care, Tuan Azwari Mohd Nor sangat terharu dengan semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini. Program Free Market ini yang dimulakan sejak tahun 2015 akan diteruskan lagi mana ada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan.
Menghargai kesungguhan Pengarah Program Pn Hjh Azita, Tn Hj Yusoh, Ustazah Nurma dan semua para AJK, tidak mungkin program hari ini berjaya dilaksanakan.
ICare Puncak Alam mendoakan kepada semua dermawan yang telah menyumbangkan rezeki berterusan dan mudah-mudahan akan istiqamah membantu golongan yang memerlukan.