You are currently viewing PROGRAM PEMERIKSAAN MATA DI UITM PUNCAK ALAM
Team iCare menunjukkan borang pemeriksaan mata

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA DI UITM PUNCAK ALAM

7 SEP 2019 – Alhamdulillah dengan izinNYA program Kempen Kesedaran Kesihatan Mata anjuran Persatuan Optometrist Malaysia dan UiTM Puncak Alam telah berjaya dilaksanakan.

Seramai 50 orang peserta yang terlibat diberi keistimewaan untuk menjalani pemeriksaan mata menyeluruh secara percuma.Setelah menjalani peperiksaan, 41 orang layak menerima cermin mata secara percuma.

Hasil daripada pemeriksaan 2 peserta perlu dirujuk segera ke hospital dan 3 peserta lagi perlu menjalani rawatan susulan di klinik mata UITM.

Alhamdulillah kesemua peserta berasa sangat puas hati dan bersyukur kerana diberi peluang mengikuti program ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan program yang sangat bermanfaat serta layanan mesra daripada semua kakitangan perlu mendapat pujian.