March 7, 2021

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

SUMBANGAN RAYA KEPADA 50 KELUARGA

1 min read

16 Mei 2020 – Alhamdulillah pada Sabtu lalu iCare telah mengadakan Program Barakah Ramadhan menyampaikan sumbangan raya kepada 50 keluarga di seluruh Puncak Alam.

Bantuan ini diberikan kepada keluarga miskin bandar, terputus mata pencarian sepanjang PKP ini serta keluarga yang mempunyai tanggungan ramai.

Seramai 16 orang Ajk iCare telah dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk menziarahi serta menyampaikan bantuan raya ini kepada penerima.

Turut hadir Penasihat iCare, Tn Hj Muhammad Rashid Mohd Kasim dan juga Ustaz MK Azman.

Berkumpul di Kedai borong Pesawah Empire, setiap kumpulan telah membawa barangan dapur yang ditempah di kedai Pesawah Empire seterusnya bergerak ke rumah-rumah yang telah ditetapkan bagi menyampaikan sumbangan barangan dapur tersebut, sebalang kuih raya serta wang tunai.

Alhamdulillah segala amanah telah ditunaikan selain Ajk iCare semua menjalankan tugas mengikut SOP PKPB yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Semoga dengan sumbangan yang disampaikan dapat meringankan bebanan penerima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.