March 29, 2024

i-Care Puncak Alam

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

SUMBANGAN TABUNG DANA PAKAIAN FRONTLINER MENANGANI COVID 19

1 min read

SUMBANGAN UNTUK TABUNG DANA PAKAIAN FRONTLINER UNTUK MENANGANI COVID 19

Ya, keperluan masih tidak cukup, kes yang ditangani bukan ratusan, malah ribuan, bukan seorang dua yang berjuang dalam medan perperangan ini, ratusan insan mulia yang sanggup mengorbankan segala kesenangan semata-mata untuk menghentikan wabak durjana Cov-19 ini.

Ini peranan Ngo termasuk pihak iCare, selain fokus kepada keperluan para keluarga yang terjejas, keperluan peralatan termasuk pakaian pelindung saf barisan utama negara tetap menjadi keutamaan.

Percayalah dengan sumbangan ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada barisan hadapan negara kerana ia membuktikan kita sentiasa ada untuk mereka.

Bangkit wahai tuan/puan, sahabat handai, tunjukkan kita prihatin, sumbangan ini iCare akan membeli kain ela dan akan dijahit oleh sukarelawan iCare insha Allah akan disalurkan kepada beberapa hospital dan Pusat Kesihatan Daerah yang memerlukan.

Jangan jemu memberi wahai sahabat, semoga kita antara hamba yang dipilih untuk beramal dengan jalan kebajikan.

Copyright © All rights reserved. | Kelab Sosial & Kebajikan Cakna Puncak Alam | Web Developer 4in44