January 26, 2023

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

TABUNG DERMA MISI KEMANUSIAN SYRIA DI SMK PUNCAK ALAM

2 min read

TABUNG DERMA MISI KEMANUSIAN SYRIA DI SMK PUNCAK ALAM

15 Jan 2020- Julung kalinya tahun ini, iCare akan menghantar wakilnya iaitu Pn Hajah Azita Ayu bt Halim ke misi kemanusian Syria dan akan ditemani oleh suami beliau bersama delegasi lain yang diketuai oleh wakil MCG Hj Zakaria dan En Sham Samad selaku Pengerusi MCG.Misi Syria bukanlah misi individu tetapi ini adalah misi yang mewakili segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kaum. Ia adalah misi bantuan kemanusiaan yang melangkaui batasan sempadan antarabangsa.Sehubungan dengan itu, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Fasa 1 Bandar Puncak Alam ( SMKPA1) melalui inisiatif ustazah Nurma Muhammad merangkap Ketua Panitia Agama Islam mengambil langkah drastik dengan menganjurkan kutipan derma ‘ TABUNG DERMA MISI KEMANUSIAN SYRIA’ yang sekaligus melibatkan ahli iCare ‘junior’ seramai 13 orang yang terlibat secara langsung.Langkah ini bukan sahaja dapat mendidik sifat berkongsi rezeki malah menarik minat para pelajar untuk berkecimpung di dalam hal kebajikan malah meningkatkan kefahaman mereka bahawa mereka juga mampu membantu rakyat Syria yang sedang diuji dan dihimpit kesukaran hidup lebih lagi di musim sejuk. Sifat jati diri serta kemahiran sosial mereka turut teruji apabila kutipan tabung bukan sahaja dijalankan di sekolah malah di Pasar Malam Puncak Alam. Sebagai acara kemuncak, Presiden iCare En Fared bin Othman telah dijemput ke perhimpunan pagi sekolah sempena majlis penyerahan tabung ‘Misi Bantuan Kemanusian Syria’. Pihak iCare amat berbesar hati dan sangat menghargai kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua pelajar yang terlibat serta seluruh pelajar amnya. En Fared merakamkan rasa syukur dan memuji para pelajar yang telah berjaya melangkaui dari zon selesa mereka untuk bersama dengan iCare.Melihat kesungguhan para pelajar kami percaya inilah masa depan iCare, kerana kerja kebajikan ini perlukan pelapis dan perlu dipupuk dari sekarang,kerja kebajikan bukan kerja yang biasa-biasa kerana untuk melaksanakan kerja berkonsepkan kebajikan memerlukan pengorbanan masa serta wang ringgit. Inilah kerja luar biasa kerana kepuasannya bukan terletak kepada nilai wang yang dikumpul tetapi kepada hati yang ikhlas membantu. Sekali lagi *tahniah* dan *terima kasih SMKPA* Puncak Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.