KEMPEN WAKAF SEJUTA NASKAH AL-QURAN UNTUK MADRASAH DHAIF DI BENUA AFRIKA

IMPIAN WAKAF AL QURAN 1,000,000 DARI MALAYSIA UNTUK MUSLIM AFRIKA

Yayasan Amal Malaysia, NGO dakwah dan kebajikan mempunyai impian mencari wakaf Al Quran sebanyak 1,000,000 naskah untuk disumbangkan kepada fakir miskin dan daif terutamanya di madrasan pedalaman komuniti Muslim di Afrika.

Kami sudah menyaksikan ribuan anak-anak yang cintakan Al Quran, membaca dan menghafalnya tetapi mushaf Al Quran mereka lusuh, carik dan koyak. Allahuakbar..

Kami mencari pewakaf yang bermurah hati seperti anda untuk membantu mewakafkan Al Quran untuk dihadiahkan kepada mereka.

KENAPA PERLU WAKAF AL QURAN?

Kalau di Malaysia, nak dapatkan Al Quran sangatlah mudah. Bahkan beli online pun boleh. Tapi realitinya tak sama untuk saudara Islam yang lain contohnya di Afrika. Pelajar-pelajar tahfiz kat sana sanggup tulis sendiri semata-mata utk mendalami Al Quran kerana sukar untuk mendapatkannya.

Seperti wakaf/sedekah jariyah yg lain, selagi mana Al Quran yg kita wakaf itu dibaca atau digunakan, selama itulah pahala akan terus mengalir untuk kita.

Jadi, jgn fikir lama-lama untuk buat amal jariah. Ayuh kita wakafkan satu naskah untuk mereka.

Hanya RM30 senaskah

Wakaf Al Quran anda akan diagihkan kepada pelajar-pelajar madrasah dan perkampungan terpilih khususnya di kawasan pedalaman Afrika serta beberapa kawasan pedalaman di Malaysia dan serantau Asia.

Aktiviti edaran wakaf Al Quran ini aktif dijalankan oleh para sukarelawan kami. Anda juga boleh turut serta menjadi tenaga sukarelawan kami dan sampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan

SUMBANGAN

Kami menerima sumbangan tunai anda kepada tabung dana Wakaf Quran kami

PEMBELIAN

Pihak kami akan membuat tempatan untuk cetakan Al Quran di Afrika

PENYEBARAN

Nakshah Al Quran diagihkan ke beberapa lokasi terpilih yang memerlukan naskhah Al Quran

DOKUMENTASI

Edaran Al Quran dirakamkan sebagai bukti serahan Wakaf Al Quran anda kepada penerima