You are currently viewing KERJA-KERJA PERSIAPAN BILIK IT PROJEK BRIDGING GAPS FOR EDUCATION DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI HULU KUANG

KERJA-KERJA PERSIAPAN BILIK IT PROJEK BRIDGING GAPS FOR EDUCATION DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI HULU KUANG

5 Disember 2020 – Semalam Timbalan Presiden i-Care, Hj Nizam telah ke Kampung Orang Asli Hulu Kuang bagi meninjau kerja-kerja menyiapkan bilik IT untuk penduduk orang asli di kampung tersebut terutama untuk kegunaan anak-anak orang asli bagi mendapat pelajaran secara atas talian dari guru-guru mereka yang selama ini mereka ketinggalan banyak pembelajaran disebabkan keadaan PKP.
 
Namun, usaha i-Care setakat ini hanya berjaya mendapatkan sumbangan pembelian satu unit komputer desktop, mesin cetak dan kertas A4 beberapa rim. Pihak kami masih lagi merlukan sumbangan untuk menyediakan sebuah lagi komputer desktop dengan kos RM1700.00.
 
Kepada para dermawan, kami mengalukan sumbangan anda untuk merealisasikan projek kami bersama pelajar-pelajar INTEC Education College dan SMK Bukit Rahman Putra. Sumbangan boleh disalurkan melalui website i-Care seperti pautan dibawah.