January 26, 2023

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

SUMBANGAN MUSIBAH COVID-19 2.0

1 min read

SUMBANGAN MUSIBAH COVID-19 2.0

26 Mac 2020 – Alhamdulillah sumbangan anda yang kami terima terus disalurkan kepada mereka yang tidak mendapat bantuan dan sangat memerlukan dalam sesi kedua menyampaikan bantuan sumbangan pagi tadi.

Untuk sesi kedua ini seramai 15 keluarga yang disasarkan untuk menerima sumbangan berupa 2 kampit beras setiap keluarga dan wang tunai untuk pembelian barangan dapur yg diperlukan.

ICare Puncak Alam sangat-sangat berasa terharu diatas sikap bermurah hati para dermawan dengan kempen yang dibuat bagi membantu mereka-mereka yang terputus mata pencarian serta bekalan dapur.

Insyaallah untuk sesi ketiga dan seterusnya kami akan menyempurnakan setiap amanah anda kepada penduduk warga Puncak Alam.

Diharapkan teruskan menyumbang kepada iCare untuk meringankan bebanan saudara kita di waktu ujian serta dugaan yang melanda negara kita ketika ini.

Teruskan patuh arahan kerajaan.

#stayathome
#icareprihatin
#covid19

Leave a Reply

Your email address will not be published.