You are currently viewing I-CARE PUNCAK ALAM BERKOLABORASI DENGAN PELAJAR MPU ENVIROMENT, UNIVERSITY OF CYBERJAYA (UOC) UNTUK PROGRAM PENANAMAN POKOK

I-CARE PUNCAK ALAM BERKOLABORASI DENGAN PELAJAR MPU ENVIROMENT, UNIVERSITY OF CYBERJAYA (UOC) UNTUK PROGRAM PENANAMAN POKOK

27 Disember 2024 –  iCare Puncak Alam telah mengadakan kerjasama bersama dengan University of Cyberjaya (UOC) untuk program penanaman pokok.
Presiden iCare, Tuan Azwari Mohd Noor telah mengadakan pertemuan dengan pelajar MPU Environment, University of Cyberjaya (UOC) untuk pelaksanaan Program Penanaman Pokok di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Putrajaya dan Cyberjaya.
Kerjasama ini bertujuan untuk:
– Meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar, khususnya kepentingan pokok di kawasan bandar
– Mendukung pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
Peranan I-Care Puncak Alam:
– Memberi panduan tentang pemilihan pokok yang sesuai dan teknik penanaman
– Menyediakan peralatan penanaman
Peranan Pelajar UOC:
– Menyediakan dana melalui rakan strategik
– Menguruskan lokasi pelaksanaan aktiviti
I-Care Puncak Alam percaya kerjasama ini akan memberi impak positif kepada komuniti serta menyemai nilai cinta alam sekitar di kalangan generasi muda.
 Bersama kita hijaukan bumi untuk masa depan yang lebih lestari!