You are currently viewing PROGRAM MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BARANGAN DAPUR UNTUK 100 KELUARGA

PROGRAM MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BARANGAN DAPUR UNTUK 100 KELUARGA

29 November 2020 – Pagi tadi i-Care telah menyempurnakan amanah dari Ar-Rahnu X’Change Bandar Puncak Alam untuk menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 90 keluarga di sekitar Bandar Puncak Alam.

Barangan sumbangan tersebut telah diserahkan kepada AJK wakil-wakil fasa secara simbolek oleh 2 orang wakil kakitangan Ar-Rahnu untuk disampaikan kepada penduduk-penduduk yang telah dikenalpasti bukan sahaja dari kalangan asnaf bahkan mereka yang terjejas pendapatan serta yang telah hilang pendapatan ekoran keadaan pandemik Covid-19.

Turut hadir Penasihat i-Care Puncak Alam, Ybhg Tuan Hj Muhammad Rashid Mohd Kassim yang hadir untuk turut serta menyampaikan sumbangan tersebut.

Pihak i-Care mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Ar-Rahnu yang telah menaja barangan sumbangan ini supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh penduduk yang telah diberikan sumbangan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp