KHABAR DARI SYRIA : TIBA DI KEM PELARIAN IDLIB
25 Januari 2020 – Melihat wajah-wajah gembira yang jelas terpapar ketika saat menyambut kedatangan delegasi sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke perkampungan pelarian Idlib Syria pastinya merupakan saat yang tidak akan dilupakan.
Malah pasukan bantuan ini juga merupakan pasukan pertama yang tiba ke kem pelarian yang menampung hampir ratusan ribu orang pelarian Syria. Melihatkan keadaan perkampungan perlarian ini yang serba kekurangan tidak terbayang bagaimana mereka dapat bertahan dengan keadaan cuaca semasa sekarang yang mengjangkau bawah 0 darjah menjelang malam.
Kem perlarian ini menempatkan hampir 100 ribu orang dengan kapasiti khemah yang sedia ada hanya 176 buah khemah yang dibina dengan menggunakan kanvas sahaja selainnya ada yang bersembunyi di ladang-ladang zaitun. Mengikut angka bilangan tidak rasmi hampir 10 juta pelarian Syria dan anggaran 4 juta telah pun berjaya memasuki negara Turki.
Alhamdulillah hingga ke saat ini, pihak iCare masih lagi menerima sumbangan dari para penderma dan angka terbaru yang dibawa oleh pihak iCare ke Syria pada misi kali ini berjaya mencecah RM30,000 ribu dan kami masih lagi membuka sumbangan kepada orang ramai.
Selari dengan misi bantuan di musim sejuk, bantuan seperti 1 alat pemanas, 2 canvas, 3 selimut dan 10 beg arang dibekalkan kepada setiap keluarga/khemah pelarian di sana. Menurut wakil kami, masih banyak lagi yang perlu dibantu.Kekurangan pakaian, keadaan tempat perlindungan yang berdinding dan berbumbungkan plastik dengan cuaca sejuk yang ekstrim, terlalu sukar untuk dibayangkan keadaan kelangsungan kehidupan mereka di sana. Sesungguhnya mereka adalah insan terpilih
Ketika pasukan bantuan ini tiba, terdapat 2 khemah baru dibuka untuk menerima mangsa serangan letupan bom Idlib yang berlaku sekitar 2 minggu lalu. Terlalu banyak kisah yang ingin dinukilkan, berbekalkan semangat yang dibawa oleh wakil kami ke sana, insha Allah kita akan terus membantu menyebarkan kesedaran dan kefahaman tentang betapa pentingnya misi ini dan peranan kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya terhad di dalam negara sahaja malah ianya adalah tanggungjawab kita sesama muslim.