You are currently viewing KENYATAAN MEDIA : I-CARE PUNCAK ALAM MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA MAIS DAN MENOLAK KERAS FAHAMAN SIS @ MAJU

KENYATAAN MEDIA : I-CARE PUNCAK ALAM MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA MAIS DAN MENOLAK KERAS FAHAMAN SIS @ MAJU

I-Care Puncak Alam Menyatakan Sokongan kepada MAIS dan Menolak Keras Fahaman SIS @ MAJU

i-Care Puncak Alam menyokong penuh kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor dan MAIS yang bertarikh 28 Ogos 2019 mengenai penolakan permohanan kes semakan kehakiman berhubung Fatwa Liberalisme dan pluralisme Agama oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 17 Julai 2014 yang dibuat SIS Forum (Malaysia).

iCare mengucapkan tahniah kepada pihak MAIS dan Pejabat Mufti Selangor berjaya mendesak agar SIS akur dengan keputusan fatwa Negeri Selangor.

Semoga kita semua dapat memelihara kesucian Islam dan Akidah yang betul agar dapat dihayati oleh muallaf di Selangor.

iCare juga akan menyokong penuh tindakan serta usaha MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti Selangor dalam mempertahan kesucian Islam

Fared Othman
Presiden iCare