March 29, 2024

i-Care Puncak Alam

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

I-CARE MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGHINAAN TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG

1 min read

I-CARE MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGHINAAN TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG

Kenyataan Media
 
I-CARE MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGHINAAN TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG
 
Kelab Sosial Dan Kebajikan Cakna Puncak Alam (iCARE) memandang serius dan membantah sekeras-kerasnya penghinaan terhadap YDPA.
Perbuatan menyunting gambar YDPA dari laman Instagram sungguh tidak menghormati Raja yg merupakan Ketua Agama Islam dan Ketua Negara kerajaan Malaysia.
Yang jelas Rukun Negara Yang ke-2 & ke-5 iaitu “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara” dan “Kesopanan dan Kesusilaan” telah tidak difahami oleh sesetengah pihak dgn niat memperlekehkan kewibawaan Sultan.
 
Kemudahan teknologi dan rangkaian media sosial yg meluas telah membuka peluang kepada jenayah siber berlaku tanpa kawalan seperti ini. Si pelaku seperti berbangga dgn apa yg dilakukannya kerana sangkaannya, ‘saya halimunan’.
 
Dalam suasana Kita menghadapi pandemik Covid-19 ini, Kita perlu bersama-sama berganding bahu membendung penularan pandemik , bukan mencari ruang perpecahan dan persengketaan.
 
Sehubungan dgn itu, pihak iCARE yang berdaftar sbg PIBK MAIS telah sekali lagi membuat laporan polis bagi membendung isu seperti ini berulang. Dengan kerjasama masyarakat dan kecekapan pihak polis, iCare berharap agar si pelaku mendapat balasan yg setimpal, kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
 
Fared Othman
Presiden iCare
4/1/2021
Copyright © All rights reserved. | Kelab Sosial & Kebajikan Cakna Puncak Alam | Web Developer 4in44