You are currently viewing PROGRAM I-CARE PRIHATIN RAMADHAN DAN FREE MARKET AIDILFITRI

PROGRAM I-CARE PRIHATIN RAMADHAN DAN FREE MARKET AIDILFITRI

Free Market SOP? Ya..kita ikut rapat-rapat norma baru ya kalau kita berhajat nak buat program secara bersemuka.

Insha Allah seperti tahun-tahun sebelum ini, pada tahun ini i-Care bukan sahaja akan merealisasikan program FREE MARKET SOP malah keriangan berganda apabila buat julung kalinya kita akan lebarkan sayap FMS luar dari norma kebiasaan kita iaitu lokasi pemilihan adalah di luar Puncak Alam..jauhhh sgtttt..( sebelah Puncak Alam je)

Kali ini program i-Care akan dilaksanakan di kawasan perkampungan yang pastinya akan memberi pengalaman baru kepada semua yang terlibat kelak..So get ready guys. Sesiapa yang nak melalui pengalaman hebat bersama kami, jom sertai kami.

Sasaran utama adalah 100 buah keluarga yang bakal menerima 1 beg barangan dapur iaitu BEG RAMADHAN iCare PRIHATIN bernilai RM50 selain barangan sampingan lain. So kalau berkemampuan nak taja 5 keluarga bersamaan dengan nilai RM250 pun boleh sangattt. Nak bagi Rm5? Rm10?..bolehhh. kami terima sebarang nilai,jangan risau.

Taknak bagi duit tapi nak bagi barang? Mestilah boleh. Kuih Raya, Beras, telur, bawang, milo, gula, susu dan macam2 lagi janji bukan barang yang bawa mudharat ya.

Butir lanjut program :

Tarikh : 17 Ramadhan 1422H / 29 April 2021
Lokasi : Akademi Latihan As Syafei (AKHLAS), Kg. Bukit Hijau, Jeram
Masa : 9 pagi – 11.30 pagi

Untuk menyumbang, sila klik pautan dibawah :

https://icarepalam.com/donations/sumbangan-program-i-care-prihatin-ramadhan-free-market-aidilfitri/