You are currently viewing PROGRAM NEHA ( National Eye Health Awareness)

PROGRAM NEHA ( National Eye Health Awareness)

27 Oktober 2019 – Telah berlangsung penyerahan cermin mata sempena program NEHA ( National Eye Health Awareness) anjuran Persatuan Optometrist Malaysia bertempat di Balai iCare Alam Perdana. Alhamdulillah seramai 35 orang peserta berusia sekitar 12 – 70 tahun telah terpilih untuk menerima cermin mata secara percuma setelah menjalani pemeriksaan saringan yang diadakan di Klinik Mata UiTM Puncak Alam pada 7 September lalu. Pihak iCare sangat berterima kasih kepada Tuan Syukri selaku Pengarah Program dan juga pemilik premis MATA by Optometrist kerana sudi menghadirkan diri ke majlis penyerahan yang serba ringkas tetapi amat bermakna kepada semua khasnya para penerima. Program sebegini amat dialukan kerana ianya bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan mata malah dapat memberi ruang dan peluang kepada peserta yang kurang kemampuan untuk mendapat pemeriksaan mata dan cermin mata secara percuma.Terserlah keseronokan para penerima dan lebih istimewa lagi mereka adalah peserta iCare Ngaji yang majoritinya terdiri dari golongan kategori asnaf.