March 28, 2024

i-Care Puncak Alam

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

PROGRAM RAKAN JALANAN KLANG DAN PORT KLANG BERSAMA NGO-I MAIS 3.0

1 min read

12 Jan 2020 – Alhamdulillah tirai pembuka program Rakan Jalanan tahun ini, dengan rasminya telah pun berjaya dilaksanakan pada malam 12 Januari 2020.Berbekalkan keazaman dan semangat yang tinggi daripada para ajk dan sukarelawan iCare dan beberapa NGO-I lain seperti Pemadam , Penyayang, seramai 20 agen Kasih Sayang , 2 lokasi utama Rakan Jalanan, Klang dan Port Klang akhirnya dapat disempurnakan walaupun terpaksa menghadapi cuaca hujan pada awalnya. Pada kali ini gerak kerja semakin kemas, seperti yang telah dirancangkan aktiviti kerohanian dan penyucian jiwa melalui Asma Ul Husna ternyata membuatkan ramai rakan jalanan tersentuh dan hiba dek alunan yg menenangkam jiwa. Selain itu pengukuhan cara berwuduk, solat dan bacaan Al Fatihah masih diteruskan seperti sebelumnya.Kehadiran Rakan Jalanan ke lokasi tidak disia-siakan begitu sahaja, pelbagai cerita dan luahan rasa cuba diselami oleh para sukarelawan dengan harapan dapat menarik mereka untuk kembali kepada kehidupan yang lebih teratur.Mereka perlukan perhatian dan bimbingan malah mereka juga sangat dahagakan ilmu-ilmu yang boleh membantu mereka menaikkan semangat juang dalam meneruskan kehidupan seharian. Insha Allah inilah hasrat kami , melihat perubahan dan menambah nilai kepada kehidupan mereka adalah satu kejayaan dan nikmat yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Walaupun banyak halangannya,jika diiringi dengan usaha yang bersungguh -sungguh dan doa pasti Allah akan memudahkan laluan buat mereka. Jangan sesekali berputusa asa,bak kata Puteri Balqis.. Ujian itu Indah, bila kita akan rasai kemenangan? Semuanya terserah kepada Pencipta yang memegang waktu, hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI.

Copyright © All rights reserved. | Kelab Sosial & Kebajikan Cakna Puncak Alam | Web Developer 4in44