You are currently viewing PROGRAM SUMBANGAN COVID-19 BACK 2 SCHOOL

PROGRAM SUMBANGAN COVID-19 BACK 2 SCHOOL

Menjadi aktiviti i-Care Puncak Alam setiap tahun menganjurkan 2 kali program Free Market iaitu Free Market Aidilfitri dan Free Market Back 2 School. Program Free Market ini membuka peluang kepada mana-mana individu, syarikat-syarikat serta para dermawan yang ingin menyumbang untuk kedua-dua program ini untuk meraikan mereka yang dikategorikan miskin bandar yang mana golongan ini bukan asnaf dan tidak mendapat bantuan zakat namun mereka mempunyai tanggungan yang besar.

Memandangkan tahun ini rakyat Malaysia serta seluruh dunia diuji dengan wabak Covid-19 selama kira-kira 8 bulan, program Free Market secara lapangan ini terpaksa ditangguhkan dahulu selagi negara belum bebas dari wabak Covid-19 ini.

Namun demikian, i-Care Puncak Alam sentiasa memikirkan keadaan ramai insan-insan yang terkesan ekoran terjejas pendapatan, dibuang kerja dan dipotong gaji oleh majikan disebabkan perniagaan terjejas ekoran wabak Covid-19 ini.

Sehubungan itu, memandangkan ramai insan-insan yang terkesan ini tidak mampu menyediakan kelengkapan untuk keperluan persekolahan anak-anak yang akan memulakan pembelajaran pada Januari 2021 nanti, maka i-Care Puncak Alam membuka peluang kepada para dermawan sekiranya ingin membantu dengan menyumbang untuk Program Bantuan Covid-19 Back 2 School ini. Pihak i-Care Puncak Alam akan mengumpul dana untuk 100 keluarga dengan nilaian sumbangan RM100.00 satu keluarga dan akan membuat serahan sumbangan ini terus kepada penerima-penerima yang layak beremula 11 Januari 2021 yang akan datang.

Semoga dengan sumbangan tuan/puan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan keluarga-keluarga yang terkesan sementara ini. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan melalui link website yang diberikan dibawah ini untuk tuan/puan menyumbang terus kepada i-Care Puncak Alam.

https://icarepalam.com/donations/bantuan-covid-19-back-2-school/