January 26, 2023

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

SUMBANGAN BENCANA COVID-19

1 min read

Alhamdulillah, sesi pertama bantuan sumbangan berupa 30 kampit beras dan sumbangan tunai yang diterima oleh iCare pagi tadi telah pun disampaikan kepada 11 keluarga yang terputus bekalan dapur pagi tadi oleh wakil iCare.

Insyaallah, masih ramai lagi yang masih memerlukan. Diharapkan kepada para dermawan yang mempunyai kelapangan rezeki untuk sama-sama kita membantu saudara kita yang kesempitan. Kutipan sumbangan bencana Covid19 akan diteruskan sehingga wabak penularan Corona Virus ini berakhir secepat mungkin.

Dalam pada itu iCare berharap semua masyarakat agar sentiasa mematuhi arahan kerajaan untuk terus berada di rumah dan melakukan Solat Hajat memohon kepada Allah agar mengangkat wabak Covid19 ini dari negara Malaysia yang kita cintai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.