You are currently viewing SUMBANGAN KEPADA PELAJAR SMK PUNCAK ALAM

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR SMK PUNCAK ALAM

18/10/19 – Alhamdulillah dengan izinNYA, program 3FB telah pun dapat dilaksanakan dengan jayanya pagi semalam.Seperti yang dimaklumi, SMK Puncak Alam menjadi lokasi pilihan kali ini. 100 anak-anak asnaf, miskin dan kurang kemampuan menjadi fokus utama. Lebih bermakna apabila beberapa anak Pendidikan Khas adalah antara yang turut menerima sumbangan. Nasi briyani ayam air Asam Utara, air mineral dan sebiji pisang menu pilihan kali ini. Masya Allah Tabarakallah, suasana dingin di pagi Jumaat menyaksikan betapa semangatnya agen-agen kasih sayang ini memulakan tugas mengangkat dan menyusun makanan serta minuman. Senyuman para guru yang menyambut mesra 10 petugas iCare membuatkan hati bertambah girang tidak sabar hendak bertemu 100 orang pelajar yang bertuah. Alhamdulillah bertepatan dengan masa yang ditetapkan, kumpulan pertama pelajar datang dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada para petugas. Memang benarlah melalui makanan mampu menautkan rasa kasih dan sayang, yang menerima rasa dihargai dan disayangi, yang memberi rasa bahagia dihati penat lelah tidak dirasai. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi ruang kepada iCare menabur budi , menjalin ukhwah walaupun seketika cuma. Semoga ada izinNYA, kita bertemu lagi.