You are currently viewing PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK – MABRUR NAIK HAJI

PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK – MABRUR NAIK HAJI

26 Ogos 2019 – “Program terlaksana dengan cemerlang dengan isi kandungan yang padat dengan ilmu haji dan umrah.” antara komen dari Ibu bapa peserta.

Sekalung ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa, para asatizah dan sukarelawan yang telah memastikan program simulasi-mabrur naik haji bagi tahun 2019 terlaksana dengan baik.

Seramai 260 peserta yang terdiri daripada murid 6 hingga 12 tahun seluruh kawasan puncak alam iaitu 130 murid SRITI Darul Amilin khususnya, 50 anak-anak Asnaf dan 80 murid luar telah menyertai program yang berlangsung pada hari semalam, Ahad 25 Ogos 2019 bermula 8.00 hingga 1.00 petang di Masjid Puncak Alam.

Pihak icare mewakili seluruh tenaga kerja program ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak masjid atas kerjasama menyediakan tempat program serta ibu bapa yang memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak mutawwif/mutawwifah dan sukarelawan icare untuk melatih dan membimbing anak-anak mereka.

Tidak lupa juga kepada para penaja dan penyumbang untuk program Simulasi Haji ini.

Semoga kita berjumpa lagi untuk penganjuran Program Simulasi-Mabrur Naik Haji 2.0 pada tahun 2020 .

En Anwar Yassin
Pengarah Program
Simulasi Hj Cilik – “Mabrur Naik Haji” 2019