5/9/2019 – Traning of the Trainer (TOT) dikalangan para guru sukarelawan iCare Ngaji telah berjaya dilaksanakan. Pertemuan pertama ini merupakan perkongsian tentang kaedah mudah mengaji Al Badr oleh 3 orang ustazah yang mahir dalam kaedah tersebut.
Alhamdulillah pada sesi pertama ini seramai 20 orang guru sukaarelawan iCare Ngaji telah hadir dan pelbagai ilmu menarik telah dapat dikongsikan sepanjang hampir 2 jam bengkel ini diadakan.
Teknik Al Badr ini mampu membantu para pelajar untuk celik dan lancar membaca Al Quran dalam tempoh 21 jam dengan izinNYA. Teknik ini telah pun diaplikasi secara berperingkat di kelas iCare Ngaji dan akan diperbaiki dari masa semasa supaya dapat melahirkan generasi celik Al Quran yang berkualiti.
Kelas iCare Ngaji diadakan setiap pagi Ahad jam 9.00 pagi di Balai Icare Alam Perdana secara percuma.
Kepada yang berminat untuk menyumbang untuk penambahbaikan kepada kluster iCare Ngaji boleh dibuat melalui :
(KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM)
No Akaun Maybank 5628 4310 0666
(Rujukan : Program iCare Ngaji)