You are currently viewing TABUNG BANTUAN BANJIR DI YAN, KEDAH

TABUNG BANTUAN BANJIR DI YAN, KEDAH

KEPALA AIR LUAR BIASA

Sedih dan Redha..😥Fenomena kepala air dan banjir lumpur dari hujan lebat yang luarbiasa berlaku pada 18/8/21. Rekod paras air lebih 70 tahun ARI ialah 278 mm berlaku di puncak Gunung Jerai. Sungguh menakutkan menjadi bah menghanyut serta memusnahkan tempat tinggal penduduk di Gunung Jerai.

Ramai Keluarga hilang tempat berteduh dalam sekelip mata, dengan keadaan sehelai sepinggang, tiada bekalan makanan dan minuman. Salam takziah buat saudara-saudara kita di Yan Kedah atas musibah yang melanda.

Susulan musibah yang menimpa saudara kita di Yan, Kedah, i-Care Puncak Alam dengan kerjasama Khidmat Malaysia Kuala Selangor menyeru kepada para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang ke Tabung Bantuan Banjir Kedah supaya kita sama-sama dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah banjir.

Hulurkan sumbangan anda utk bantuan diatas menerusi akaun,

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM
Maybank: 5628 4310 0666

#iCare_prihatin_penyayang

#iCare4U