January 26, 2023

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

FOOD HUNTING RUMAH SAFIYAH

1 min read

22 DIS 2019 – Alhamdulillah pagi semalam sempat juga beberapa Ajk iCare meluangkan masa untuk melaksanakan misi Food Hunting Rumah Safiyah.Kali ini penghantaran lebih fokus kepada barangan kering dapur dan juga beras. Manakala untuk barangan kebersihan diri pula ditaja sepenuhnya oleh WIN2b7 ( Woman In 2b7) dari taman Lorong Az Zaharah fasa 2b7.Pihak pengurus Rumah Safiyah yang lebih mesra dengan panggilan Mak Su serta beberapa anak Rumah Safiyah turut menyambut kedatangan Ajk kami semalam. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang tidak henti beri sokongan kepada iCare untuk menjadi medium kebajikan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.