September 26, 2022

KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM

PROJEK WARUNG RAKAN JALANAN PORT KLANG

1 min read

06/05/2021

Kesunyian malam dan tenang di malam 25 Ramadhan di sepanjang lorong gelap Port Klang. Masih adakah lagi RJ yg belum makan? Bisik hati kecil Ezam. Ah ! Mungkin ada kot.. Tidak syak lagi ramai juga RJ yg menanti bungkusan makanan dari team Kaseh. Mereka kata nasi team Kaseh sedap.

Abang dah biasa ke tidur atas kotak ni? Kesian abang ya. Ramai juga kat sini. Salah seorg RJ menyampuk dengan nada selamber .. dah biasa dah bang. Kitarang mandi kat tandas awam je..yg penting kita tak kacau org lain. Esok nak kerja. Kena tido awal.

Abang kerja apa? Saya kerja cleaner. Dia tu angkat sampah. Yg tu kutip tin dan botol. Hari2 kerja saya kutip-kutip tin jer bang. Sampuk RJ yg dok tepi dinding.
Abang tadi cari kita org ke? Biasa kami dok kat sini je. Lepas kol 9.00 time tido dah start cari kotak. Tetiba abang datang bawa nasi. Hari ni saya belum makan nasi lagi bang. Lapar.. ?

Mohon sumbangan tuan2 utk projek Warung RJ supaya pengurusan rakan jalanan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sistematik.

MAYBANK
5628-4310-0666
Kelab Sosial dan Kebajikan Puncak Alam (iCare)

atau tekan link di bawah untuk sumbangan melalui pautan dibawah

Warung Rakan Jalanan

Semoga sumbangan tuan puan para dermawan diberkati dan dirahmati Allah.

iCare Puncak Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published.