LAPORAN POLIS KE ATAS AHLI POLITIK DAN MEDIA
Memandangkan ada pihak yang sengaja memetik ceramah Dr Zakir Naik di luar konteks sehingga menyebabkan ramai yang gelisah dan menjadikan hubungan antara kaum dan agama semakin tegang, maka iCare Puncak Alam yang cintakan keamanan & keharmonian negara atas rasa tanggunjawab telah membuat laporan polis malam tadi di IPD Kuala Selangor supaya pihak polis dapat membuat siasatan terhadap individu-individu serta media yang tidak bertanggungjawab antaranya :
1. Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran s/o V Murugeson menerusi berita yang disiarkan di Malaysiakini pada 13 Ogos 2019 – https://www.malaysiakini.com/news/487717
2. Dennis J Ignatius, bekas Duta Malaysia ke Argentina menerusi artikel di Free Malaysia Today (FMT) pada 13 Ogos 2019 – https://www.freemalaysiatoday.com/…/why-empower-a-demagogu…/
3. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy s/o Palanisamy menerusi artikelnya di Free Malaysia Today pada 11 Ogos 2019 – https://www.freemalaysiatoday.com/…/naik-should-not-questi…/
4. Adun Bagan Dalam, Satees a/l Muniandy menerusi berita di Malaysiakini pada 12 Ogos 2019 – https://www.malaysiakini.com/news/487690
5. Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago menerusi komennya di Malaysiakini yang disiarkan pada 13 Ogos 2019 – https://www.malaysiakini.com/news/487804
(‘individu-individu tersebut’), di mana individu-individu tersebut telah dengan sengaja memetik sedutan ceramah Dr Zakir Naik di Kelantan baru-baru ini di luar dari konteks yang dimaksudkan.
Tindakan beberapa individu-individu tersebut telah menyebabkan keresahan dan kemarahan orang ramai terhadap Dr Zakir Naik dan juga agama Islam serta menjadikan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia menjadi semakin tegang. Kenyataan mereka itu sangat tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, iCare Puncak Alam salah satu NGO bernaung dibawah MAIS memohon pihak polis menyiasat beberapa individu itu serta Free Malaysia Today & Malaysiakini yang menyiarkan kesemua berita dan artikel oleh beberapa individu tersebut di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.
ICare Puncak Alam berharap agar siasatan dijalankan secara segera demi keharmonian negara dan tindakan tegas diambil dengan kadar yang segera bagi mengelakkan pihak tersebut terus membakar api perkauman dan agama di Malaysia.